Testimonies

Thursday, October 19, 2017, 07:51

1. Masukkan buah kegemaran (infuse water)

Ok, ini cara yang selalu dibuat oleh orang yang juga dipanggil Detox Water. Perlu diingatkan bahawa bahagian luar buah biasanya disembur pelbagai bahan kimia jadi untuk selamat, pastikan cuci bersih atau dapatkan buah organik. Mungkin susah sikit untuk buah yang diimport.

2. Guna apps

Aplikasi telefon pintar percuma ini sangat seronok digunakan. Anda boleh muat turun apps seperti Drink Water Reminder atau Aqualert. Ada fungsi peringatan dan penggera untuk bantu anda minum secukupnya.

3. Cairkan minuman berguna

Jika masih sukakan perisa di dalam minuman seperi teh o atau sirap, boleh cuba untuk cairkan (lebihkan air atau ais) dalam minuman tadi. Sekurang-kurangnya kandungan gula menjadi sangat rendah dan tidak rosak gigi.

4. Melabur untuk penapis air.

Air yang ditapis adalah lebih enak berbanding air yang keluar terus dari paip. Jadi eloklah anda asingkan sedikit bajet untuk mendapatkan air tulen yang diperkaya dengan mineral semulajadi dan beralkali rendah. Cuba Penapis Air Cuckoo Water Purifier model King Top dengan sewa hanya serendah RM80 sebulan. Penapis air terbaik dan murah ini memang berbaloi untuk seisi keluarga.

5. Tambahkan soda atau sparkling

Jika anda sukakan soda water seperti San Pellegrino, anda boleh beli mesin air soda seperti jenama Soda Express. Tambahkan hirisan lemon atau buah ceri, memang umph.

6. Makan buah tinggi air

Maksudnya buah atau sayur seperti tembikai, timun, grapefruit, lettuce, celery, anggur yang memang berair dan sifat itu umpama mengenyangkan kita. Makan buah sebelum makan berat ya.

7. Guna peraturan 1-1

Jika anda tak boleh kalau tak order minuman manis semasa makan di restoren contohnya, amalkan untuk order segelas air kosong disamping minuman kegemaran. Sekurang-kurangnya, ada minum air putih di situ.

8. Guna botol bertanda

Susah untuk kita kira berapa gelas kita sudah minum setiap hari, jadi saya beli botol bertanda sebesar 2 liter untuk saya sukat dan perlu habiskan setiap hari. Saya tahu jika sudah sampai waktu tidur dan air dalam botol tadi belum habis, saya menzalimi diri sendiri hari itu.

9. Letakkan botol air di sebelah anda

Tak kira samada di meja pejabat atau di sebelah katil di rumah. Tapi jangan pula tengok saja dan jadi perhiasan di situ. Habiskan. Ini untuk kebaikan kita juga.

10. Minum ikut suhu kegemaran

Jika anda suka air panas, minum air kosong panas-panas. Jika suka air sejuk berais, minumlah sejuk. Tak payah ikut mitos air batu tak bagus dan sebagainya. Jika anda suka suhu air tersebut, terus minum. Ia akan memotivasikan anda untuk minum secukupnya sebab anda suka. Anda akan lebih gembira jika anda ada penapis air terbaik Cuckoo yang ada suhu panas, sejuk dan suhu bilik untuk memudahkan program minum air anda.

Akhir kata, minumlah air putih secukupnya. Air kosong itu bukan untuk dibuat mandi sahaja, tapi ia sangat bagus untuk kesihatan dalaman kita. Kulit menjadi lebih cantik dan sistem perkumuhan pun lebih baik.


No comments yet.
(*) Required fields
Copyright ©2017 CUCKOO SHOP, All Rights Reserved.